My darling kittycat, the official cat, nama dia Chubby. Tapi skarang dah tak berapa chubby sebab hari tu dia sakit. Makanan kegemaran adalah ikan rebus. Setiap hari dia akan makan 3 ekor ikan rebus. Pagi, tengahari, malam. Or kalau dia lapar dia akan bantai 2 ekor sekaligus. Friskies tu dia pandang sebelah mata je, dia punya 2nd choice kalau takde ikan. Tu pon dah lama gesel sana sini, merajuk baru lah dia nak makan Friskies tu. Punya lah memilih.
Chubby ni anak kepada Kakak Tiri. Unofficial cat tapi dia dah hilang. Jangan tanya saya kenapa nama dia Kakak Tiri. Nama tu adik saya yang bagi. Maybe sebab muka dia nampak garang.
Dia suka buat gaya maharaja. I am King Chubby.
Ni favorite spot dia untuk tido. Adakah dia vain sebab suka tido depan cermin? Hahaha...
Ok.. sekarang saya nak kenalkan the unofficial cats pulak. At one time dulu, there are almost 10 cats kat depan and belakang rumah saya yang kitorang bagi makan. Tapi sekarang dah tinggal 3 je. Or kadang2 4 atau 5 atau 6. Note that diorang makan friskies ye 2x sehari. Kirenye diorang adalah stray cats yang tak berapa stray.
Ini Rosie. Dia ni dah tua. Tak ingat umur dia berapa tapi dia dah ada kat depan rumah saya ni dah berzaman la. Dia adalah producer anak kucing selain Kak Tiri. Since rival dia dah takde, dia lah producer utama. Tapi anak2 dia dengan Kakak Tiri dulu selalu tak hidup lama. Saya rasa kalau anak diorang berdua ni semua hidup, haruslah rumah saya jadi SPCA.
Hubungan dia dengan Kak Tiri dulu adalah complicated. Diorang macam rival, tapi at the same time macam best fren. Dia pernah a few times culik anak Kakak Tiri, pretending those kittens are hers. Bagi minum susu etc. Kakak Tiri pulak tak rampas balik, macam rela je. So nampak macam the kittens ada 2 mak. Kelakar OK kalau korang tengok sendiri.
Ini Blackie. Dia anak Rosie (ke Kakak Tiri?). Saya pon dah lupa. Dia adalah rakan sepermainan Chubby dan bestfren/boyfren Rosie sekarang. Adik saya cakap dia ni ada autism. Ye jugak kot sebab adik beradik dia semua mati masa kitten. So dia takde kawan. Dah besar panjang pon a few months back saya nampak dia hisap susu Rosie walaupon Rosie tu girlfren dia atau sebenanye mak? I told you, hubungan diorang ni semua adalah complicated.
Ini Zorro. Dia adik beradik kandung Chubby. Disebabkan bapak saya taknak bela semua anak kucing tu, and kebetulan jiran saya selang 2 rumah nak anak kucing, jadi kitorang pon bagilah Zorro ni. Saya ingat lagi, masa jiran saya amik Zorro ni saya menangis. hahahha...
Masa dia kecik, jiran saya letak dia dalam cage dalam rumah jadi saya pon tak berpeluang ler nak visit ke apa. Bila dah besar panjang ni baru lah saya nampak dia balik. And saya rasa dia still kenal saya and family sebab dia sangat selamba dengan kitorang. Mungkin dia tau ni dulu rumah dia jugak, so die dengan selamba nye suka masuk rumah dari atas. Masuk ikut tingkap. Sila lihat gambar. Itu adalah gambar dalam rumah saya. Dari tingkap tu ler dia masuk. Lepas tu selamba tido dalam rumah. Lagi selamba kalau dia turun ikut tangga macam tak bersalah lepas tu jalan pegi dapur. Bila dia nampak kitorang, dia takde attempt nak lari pon, tapi terus jalan melenggang.
Oh saya lupa nak cerita, si Chubby pon suka main2 atas bumbung rumah. So die akan keluar ikut tingkap tu dan pergi berjalan2. Mungkin juga dia masuk rumah jiran ikut tingkap seperti mana si Zorro buat. hahahhaha ntah la.
Ini Tabby. Dia anak Rosie/Kakak Tiri. Lupa jugak dia ni anak siapa. Dia pon dah diberi kepada jiran selang 1 rumah. Tapi super manja dengan kitorang sebab jiran saya tu tak berapa sihat. So masa dia sakit dia macam tak jaga sangat si Tabby ni. So si Tabby ni selalu balik ke rumah saya menumpang kasih. Selalu jugak bersikap selamba masuk dalam rumah straight ke dapur cari makanan.
Ada lagi sekor kat belakang. Nama dia Tot Tet. Tapi takde gambar. Dia baik je duduk kat belakang rumah. Tak pernah pulak saya nampak dia kat depan rumah. Macam redha je duduk sorang2 kat belakang tu. Dulu ramai kat belakang tu tapi sekarang tinggal dia sekor je.
Ada lagi sekor kucing. Tapi saya tak kenal dia sebab jarang nampak. Tapi bapak saya cakap dia adalah girlfren Chubby.
OKlah, sekian sahaja sessi perkenalan dengan kucing2 di rumah saya. Nanti saya tambah gambar lain sebab banyak gambar dalam laptop saya.
1 comment:
oi ko buat lawak ke apa nih..
aku confuse..
Post a Comment