Hari Jumaat lepas saya pergi menderma darah. Nasib baik office saya mengorganize kempen menderma darah ini kerana jika tidak saya pasti tidak ada masa malas hendak pergi ke PDN.
Lihatlah keadaan kedua2 lengan saya setelah selesai.
ini lengan tangan kiri
ini lengan tangan kanan
Hebat tak saya derma darah sampai dua2 lengan kena cucuk. This is the 4th time saya menderma darah, tapi kali ini adalah yang paling malang. huhuhu...
Sebab saya telah dicucuk di kedua2 belah tangan instead of 1 saja. Kisahnye, mula2 nurse tu tanya saya biasa buat lengan yang mana? Seriously saya tak ingat dan saya fikir itu tak penting jadi saya bantai aje la cakap lengan kanan.
So nurse tekan2 cari blood vein, lama jugak die tekan2 tu. Saya dah rasa lain macam, lagipon nurse tu muda lagi. Macam nurse baru so saya rasa sure dia tak banyak experience mencucuk orang so mesti la dia buat tak smooth. Selepas dicucuk, darah tidak keluar (darah keluar sket je.. ). Nurse tu gerak2 kan jarum besar (apa nama dia saya taktau) tu kat lengan saya.. tarik tolak tarik tolak... warghhhhhhh horror!
Tak berapa lama kemudian, kami give up. Nurse kata kat saya, 'Darah tak keluar la. Nak rest n balik office or tukar lengan kiri?' Saya ni memang baik hati agaknya so saya pon kata 'Takpe la tukar lengan kiri la' walaupon percubaan pertama tak berjaya. Macam nakkkk jugak derma darah. Pada saya itulah antara cara saya membuat amal kebajikan, nak kasi duit, duit nya ilek! Lagipon saya percaya, buat baik dibalas baik :)
So proses mencucuk utk lengan kiri pon bermula. Sebenanyer proses menderma darah tu tak la sakit sangat pon, tapi taktau kenapa mungkin terlebih manja pada hari itu dan juga terasa kesian kat diri sendiri sebab lengan kanan yang tak berjaya, tiba2 saya pon menangis. hhahahahhahahha... malu siot menangis di hadapan nurse2 dan juga colleagues saya.
Lama jugak nak tunggu 450ml bag tu nak penuh. But everything is fine in the end. :)
Baiklah kawan2, ini adalah tips2 utk menderma darah:
Anda layak menderma darah sekiranya:
1) Anda sihat pada hari menderma
2) Anda berumur 18-60 thn
3) Berat badan anda melebihi 45kg
4) Tidur melebihi 5 jam
5) Tidak mengambil sebarang alkohol within 24 hours
6) Tiada masalah perubatan
7) Tidak mengambil sebarang ubat (antibiotik-within 7 days, panadol-within 24 hours)
8) Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah
9) Anda tidak terlibat dengan sebarang kegiatan hubungan sex bebas, dadah etc
10) Previous derma darah adalah 3 bulan yang lepas
11) Penderma wanita tidak mengandung atau period atau breastfeeding
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya :D
3 comments:
nak tambah lagi satu syarat:
12) anda tidak tinggal melebihi 6 bulan di antara tahun 1980-1990an...dan makan any kind of daging while u were there...
aku kantoi part ni. sampai skang aku menyesal bagitau fact ni kat diorang. coz aku tried nak derma darah for the 2nd time tahun ni, dah ada dalam record yang aku tak boleh derma darah selagi diorang tak bagi some kind of clearance letter sebab takut aku ada pembawak penyakit lembu gila...damn!!
hehe..sorry komen panjang. aku emo bab ni. sebab aku setuju ngan kau. ni je cara kita nak buat kebajikan selain duit.
*peace*
oo pasal penyakit lembu gila ke?
aku tau pasal ni tapi tak tulis sebab aku tak sure nape..
nak tunggu dapat clearance letter tu sure lama tu..
wahahhaa pijot... mooooooo
hehe
nway ive been there. cucuk dedua lengan. darah lmbt keluar. dah abis derma, tangan lembik giler.
Post a Comment